|
|
|
|
|
Penukaran Alamat Pos
|
|
Laman ini disediakan bagi membolehkan pembayar cukai yang memiliki
harta di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang membuat penukaran alamat pos serta
mengemaskini data pengguna. Ini adalah untuk memastikan semua bil - bil taksiran dapat
dihantar ke alamat surat menyurat pembayar cukai. Sekiranya tiada notis diberi atau
pemberitahuan oleh pembayar cukai maka semua bil taksiran akan dihantar ke alamat harta.
|
|
Semakkan Alamat Pos Harta
|
|
Sila tekan disini
untuk menyemak alamat pos harta (Bangunan).
-
Sila tekan disini
untuk menyemak alamat pos harta (Tanah).
|
|
Bagaimana permohonan penukaran alamat pos boleh dibuat?
|
|
Anda boleh memohon dengan mengikuti cara:
-
Memohon melalui laman web. (Terbaru !!!)
Atau
-
Mengisi Borang Permohonan Penukaran Alamat Pos
yang disediakan oleh MBPP.
|
|
Bila Bil Taksiran akan dihantar ke alamat pos baru?
|
|
MBPP mengeluarkan bil taksiran sebanyak 2 kali setahun iaitu
cetakan pada bulan Disember adalah untuk pengeluaran bil
taksiran setengah tahun pertama dan cetakan pada bulan Jun
adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun kedua.
Cetakkan bil taksiran mengikut alamat pos yang baru hanya
akan dihantar mengikut tempoh masa seperti berikut:
-
Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb
Mei hingga 14hb Oct(dalam tahun berkenaan), bil taksiran pemohon akan
dihantar ke
alamat pos baru pada setengah tahun
pertama tahun berikutnya.
-
Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb
Oct(tahun berkenaan)
hingga 14hb Mei(tahun berikutnya), bil taksiran pemohon tersebut akan dihantar ke
alamat pos baru pada setengah tahun kedua tahun berikutnya.
Sila tekan disini
untuk mengetahui bila alamat pos baru anda akan dicetak pada bil taksiran.
|
|
Memohon penukaran alamat pos melalui laman web?
|
|
Ya, kini anda boleh memohon menukar alamat pos melalui laman web.
-
Sila tekan disini
untuk memulakan permohonan penukaran Alamat Pos Harta
Bangunan anda.
-
Sila tekan disini
untuk memulakan permohonan penukaran Alamat Pos Harta
Tanahanda.
|
|
Memohon penukaran alamat pos melalui borang?
|
|
Anda boleh mendapatkan borang permohonan
penukaran alamat pos dengan mencetakkan keluar.
Sila
tekan disini untuk mencetaknya
Borang Penukaran Alamat Pos.
|
|
|