MBPP | HOME



 
   
  Bantahan Notis Taksiran
 

Seseorang yang tidak berpuas hati dengan Nilai Tahunan boleh membuat bantahan secara bersurat atau melalui web tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan dalam notis taksiran. Bantahan tersebut hendaklah berasaskan kepada perkara berikut sahaja iaitu:

  1. harta yang dikenakan cukai adalan dinilai lebih tinggi dari yang sepatutnya.
  2. harta tersebut adalah jenis harta yang tidak boleh dikenakan cukai iaitu bersifat kegunaan awam dan tidak bermotifkan keuntungan.
  3. Contohnya :- masjid, sekolah awam dan sebagainya.

  4. harta tersebut sepatutnya dikenakan cukai tetapi telah tidak dinilaikan.
  5. harta tersebut telah dinilai kurang dari yang sepatutnya.
  6. harta yang dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

TOP
  Tatacara Mesyuarat Bantahan Cukai Taksiran
 

Mesyuarat Bantahan adalah untuk mendengar, meneliti dan menimbang segala bantahan yang dibuat oleh seseorang atau mana-mana pihak yang tidak berpuashati atas notis taksiran yang dikenakan ke atas harta mereka. Alasan bantahan mestilah berlandaskan kepada asas-asas yang dinyatakan para di atas.

Pembantah hendaklah hadir di dalam mesyuarat tersebut atau mewakilkan kepada wakil mereka dengan memberi surat kebenaran wakil.

  Jawatankuasa Bantahan Cukai Taksiran
 

Bantahan yang dikemukakan oleh pembantah akan didengar oleh Jawatankuasa Bantahan Cukai. Jawatankuasa Bantahan cukai ini terdiri dari ahli-ahli majlis MBPP. Peranan mereka adalah untuk mendengar, meneliti, menyiasat dan menimbang segala bantahan yang dikemukakan.

TOP
  Bantahan Keputusan Cukai Taksiran
 

Sekiranya seseorang individu telah membuat bantahan cukai taksiran dan masih tidak berpuas hati dengan keputusan majlis, mereka boleh membuat bantahan kepada mahkamah tinggi dengan cara usul permulaan. Usul permulaan ini hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan cukai taksiran dan jumlah cukai taksiran yang diputuskan oleh majlis telah dijelaskan.

TOP
   
(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.